hamboi, tajuk entry nak gempak ja. padahal isi ntah apa-apa. haha.
apa itu ikan (what the fish) alaf 21?
hamboi hamboi hamboi, sejak bila Miss Dee layan novel melayu ni. Bahasa melayu bunga-bunga sikit dah fail nak faham, mampu ke habiskan novel? haha. novel nipis 160ms orang baca satu malam habis, hang baca 2 tahun baru habis. haha.
Habis Alaf 21??
Oh. Ehem ehem. Saya dah 21 tahun ni. ehem ehem.
![]() |
| http://4.bp.blogspot.com/-Kf-CHegNDKk/Tujpp18qflI/AAAAAAAAFpY/-t-Q8yfROH0/s1600/21_beware_card-p137089314984729443z85cd_400.jpg |
(tukar mode saya sat)
![]() |
| http://4.bp.blogspot.com/-R8S_DoEYASk/TiFARFWE_0I/AAAAAAAAA_Y/umNzt8ekgAk/s400/alhamdulillah.jpg |
![]() |
Alhamdulillah. 21 tahun hidup, saya rasa saya banyak belajar tentang hidup bila Allah uji saya. Bila Allah bagi saya ujian dan cabaran, saya menangis. Tapi lepas air mata jatuh gugur, saya rasa saya kuat, bertuah dan disayangi. Sebab saya ja dapat ujian macam tu. wahahahahaha!
Alhamdulillah. 21 tahun hidup, saya belum pernah merasa menyesal kerana telah panjang perjalanan hidup saya. Allah telah mudahkan urusan saya. Dia tunaikan hampir kesemua hasrat hati saya. Dari sekecil-kecil nak makan sagon balik malaysia sampai la nak terbang ke NZ. Cepat atau lambat Allah telah tunaikan impian saya. Alhamdulillah
Pada tarikh keramat 19 februari, adalah ulangtahun perkahwinan Mak dan Ayah yang ke 25. Wah! dah 25 tahun Mak dengan Ayah bersama susah senang. Alhamdulillah. Oh, saya adalah hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 4. Bangganya saya jadi anak anniversary. Sebab tak ramai sebertuah ini. kuikuikui.
Saya betul-betul terharu sebab saya dah 21. Di sebalik masalah peribadi dan keluarga, Allah masih mengurniakan saya perasaan untuk bersyukur sempena usia yang masih diberi. Perasaan juga kurniaan Allah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, terima kasih untuk semua nikmat Allah sehingga saya mampu sampai ke usia ni. Terima kasih sewaktu susah senang berada dengan saya, waktu rasa diri tak disayangi Dia hadir melahirkan perasaan sayang, waktu rasa keseorangan, Dia datang menemani, waktu rasa kesunyian, Dia mengingatkan saya kehadiranNya, waktu payah dan sempit, Dia memberi ruang dan kelapangan. Terima kasih Allah.
p/s: Saya tak kan pernah keseorangan sebab saya tahu Allah ada disaat saya perlukan Dia. Dan Dia telah memberi saya nyawa supaya saya sentiasa bersyukur di setiap nafas.





0 remarks:
Post a Comment