Dear bloggy,
Kau tahu?
Kadang-kadang kemunculan sesuatu tu kau tak pernah jangka. Dia datang tiba-tiba. Dia datang secara tak sangka. Bukan kau cari. Dia yang muncul entah dari mana-mana.
Kau tahu?
Kadang-kadang yang muncul tiba-tiba tu jadi sesuatu yang makin hari makin kau sayang. Makin hari makin kau suka. Kau tak pernah sedar bila dia muncul.
Kau tahu?
Kadang-kadang bila dia muncul dan dia sukakan kau, kau pula tak sukakan dia. Kau tak jangka perasaan tu boleh berubah pada waktu yang tak disangka
Kau tahu?
Bila hati kau nak berubah. Hati itu tak pernah ikut hati yang lain. Dia berubah pada masa yang dia yakin dia perlu berubah,
Kau tahu?
Sampai saat dia berubah, dia diserang kejutan lain. Ada hati lain yang perlu dijaga. Mampukah sekeping hati menerima kejutan?
Kau tahu?
Kadang-kadang perkara paling menggembirakan boleh jadi perkara yang menyedihkan. Sampai satu masa kau rasa, dia pengubah keadaan. Dunia berputar dan berubah 360 darjah
Kau tahu?
Kadang-kadang, bila hati itu berubah dengan harapan untuk sembuh. Dia rasa makin sakit. Umpamanya kau cabut gigi yang sakit. Yang sakit makin sakit
Kau tahu?
Itu lebih baik dari duduk membiar yang sakit menjadi lebih sakit dan parah. Biar lebih sakit dan sakit tu hilang bila masa menyembuhkan.
Kau tahu?
Kadang-kadang terbit perasaan yang hati ini sudah tidak layak menerima kejutan. Sebab risau sakit yang berulang-ulang boleh menjadi serik.
Kau tahu?
Kadang-kadang ada benda yang betul telah muncul, tapi kau rasa waktunya tidak sesuai. Jadi kau biarkan benda tu hilang dari jagaan
Kau tahu?
Kadang-kadang masanya sudah betul, tapi benda yang kau mahu adalah sesuatu yang tidak baik bagi diri kau dan kau biarkan dia terus bersama di sisi.
Kau tahu?
Kadang-kadang bukan memaafkan sesuatu perkara itu yang sukar. Tapi nak melupakan sesuatu yang pernah terjadi.
Kau tahu?
Kadang-kadang bukan tak mampu nak meneruskan hidup. Tapi sebab kau ada memori yang sentiasa ada mengikut dari belakang
Kau tahu?
Kalau masa boleh berubah, mungkin kehadiran yang tiba-tiba tu tidak akan diterima
Kau tahu?
Kalau hati ini boleh diprogram, semua benda aku buang.
Kau tahu?
Belajar berjalan dengan perasaan yang baru dengan harapan semua memori hitam hilang itu adalah sesuatu yang bittersweet. Kau sedih bile terkenang, tapi tiba-tiba kau tersenyum sebab berterima kasih pada Tuhan
Kau tahu?
p/s: belajar untuk senyum bagi setiap air mata yang jatuh.
1 remarks:
dib, sedihnya baca ayat ayat dib ni.
stay strong,insya Allah He will always be there for u.
suka ayat dib "belajar utk senyum bg setiap air mata yang jatuh"
kena kuat kena kuat.:P.
Post a Comment